Promosi Mahrajan Thaqafi ke-4

Saturday, December 24, 2011

Dakwah VS Akademik


Jangan jadikan akademik kita, sebagai satu fitnah(kecacatan) kepada dakwah kita'

Kata-kata yang masih canang dan diingati sejak dulu. Menjadi satu persoalan buat diriku yang bergelar seorang pelajar. Adakanya, kita mungkin sering menyibukkan diri dengan mengikuti program-program dakwah yang diadakan oleh pihak sekolah (skop penulis) ataupun mana-mana badan organisasi. Dipanggil untuk turun menghulurkan bantuan fizikal waima kekuatan mental walaupun kita tahu penat dan lesu adalah bakal ganjaran zahirnya. 

Tapi, antara kesibukan yang menjadi 'teman' dalam perjuangan ini, jangan kita lupa akan satu perkara yang ada kepentingannya. Kepentingannya menjadi kaca mata manusia yang lain dan prioritinya setanding dan
...
Baca selanjutnya...

Warkah Buat Sahabat

Sahabat,
apa khabar dirimu hari ini?
Bagaimana dengan imanmu?
Bagaimana dengan perjuanganmu?

Apakah masih tegar kamu di medan ini?
Ketahuilah sahabat, apabila selangkah kita menghayunkan kaki ke alam perjuangan ini,
sekali pun kita tidak dijanjikan dengan kemewahan, apatah lagi kesenangan. Sebaliknya, kita dijanjikan kehidupan yang penuh penderitaan , kepedihan dan pengorbanan didalam perjuangan, dan itulah menjadi kayu pengukur apakah teguh dan istiqhamahnya kamu di alam ini. Dengan itu, teguhkanlah dirimu sahabat, agar kau tetap tegar di dunia ini, dan terus menghayunkan langkah hingga nur jihadmu terpancar bersama saf-saf pejuang lillah.

Sahabat,
untuk menjadi pejuang yang qawiy, perlu ada kesabaran yang teguh, untuk menghadapi segala ujian-ujian. Kenapa harus untuk diuji?

Allah berfirman,
...
Baca selanjutnya...

Bumi Ujian

picture by N!SHOWproductions 
 Hembusan angin pagi.. tidak akan kekal sampai petang.. dan hembusan angin tatkala petang itu.. tidak akan pernah sama.. dengan hembusan angin di kala malam.. Sahabatku..begitulah hakikatnya.. Hidup di atas layar dunia.. bukanlah selamanya.. dan kehidupan dunia itu.. tidak akan pernah sama.. dengan kehidupan di alam seterusnya.. 

Dunia..adalah sebuah perjalanan.. dan hidup pula adalah ujian.. Ketahuilah..ujian itu bisa menyerang dari segenap arah.. Kadangkala ianya manis dihirup.. dan kadangkala ianya sangat tajam menghiris jiwa.. sehinggakan jiwa tersasar.. mencari sebuah solusi.. Jauh jiwa merantau..mencari pengubat jiwa yang bernanah.. sehingga ia disapa oleh sebuah persoalan.. 
"KE MANA LAGI HARUS KU PERGIi???" 

Puas jiwa menjelajah bumi ujian.. Namun tidak ada setitis penawarpun yang ditemui.. dan akhirnya jiwa menangis sepi.. Lalu sejenak ia direnung.. satu hakikat!!! Bahawa sesungguhnya.. Sakit itu ujian.. dan ujian itu adalah dari yang Maha Mencipta.. Dialah yang Mencipta jiwa.. Dialah yang Mencipta ujian.. dan..Dia jugalah yang
...
Baca selanjutnya...

Kita Siapa?


Pertama-tamanya, selama-lamanya, dan terutamanya, hati ini mengajak hati-hati sidang pembaca sekalian untuk sama-sama kita mengangkat setinggi-tinggi rasa syukur kita kehadrat Allah S.W.T, kerana masih lagi Allah mengumpulkan hati-hati ini, mengikat hati-hati ini dengan ikatan keimanan yang sebenar-benarnya, dengan penuh rasa ta’abud(perhambaan) kepada Allah. Selawat dan salam kita tujukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang telah bekorban dengan penuh penat lelah semata-mata untuk kita penuhi tujuan kita diciptakan, bekorban semata-mata untuk memastikan kita sejahtera didunia dan selmat di akhirat, dan mengajar dan mendidik kita akan erti kebahagian dengan sebenar-benar kebahagian dan alhamdulillah, nikmat Iman, nikmat Islam bertapak dihati ini dan moga-moga dengan itu, kita terus istiqomah diatas pelantar Islam.

Dalam persoalan ini, penulis hanya ingin berbicara dan mengajak untuk sama-sama kita kenal semula diri kita, peranan kita, dan tuntutan keatas kita. Bertitik tolak dengan satu soalan, kita siapa? Mari kita setkan minda kita bahawa kita wujud ada tugasnya, ada peranannya, ada tuntutannya sebelum kita berbicara mengenai “apa?”  yang menjadi landasan kepada tugasan sebenar kita.

Mungkin ada yang sedar bahawa mereka ada peranan yang mengikat mereka melalui “title” mereka sekarang ini
...
Baca selanjutnya...

Friday, December 23, 2011

Hidayah Itu MilikNya

picture by N!SHOWproduction
Isnin pagi itu merupakan hari yang sungguh indah. Aku menyelak langsir jendela bercorak abstrak yang sememangnya merupakan corak kegemaranku. Dari jauh kelihatan sang suria yang baru sahaja bangkit dari lenanya memancarkan pancaran silauan mata. Kicauan merdu sang burung dengan melodi yang mengasyikkan jelas kedengaran. Pokok-pokok bunga pula melambaikan dedaunnya mengikut bayuan angin lembut. Semuanya memuji Allah, Tuhan Sekalian Alam.
  
     Pagi ini, aku ada urusan bersama Safiah merangkap sahabat baikku sejak kecil lagi. Kami sememangnya dahulu amat rapat bagai isi dan kuku. Tetapi, keakraban itu menjadi kendur apabila Safiah terpaksa berpindah ke Amerika disebabkan ayahnya bertukar tempat kerja. Jadi sebagai anak yang baik, Safiah terpaksa menurut walaupun aku tahu sebenarnya hatinya tidak rela.

     Jam menunjukkan pukul 11.30, bermakna 30 minit telah berlalu. " Mana Safiah ni? ", getus hatiku. Aku membelek semula mesej yang aku terima semalam.

" Imah, esok ana nak jumpa anti di taman berhadapan dengan Tasik Titiwangsa jam 11 tepat ye. Ana benar-benar mengharapkan kehadiran anti ! " -Safiah-

     " haih Safiah, anti ke manalah ye? ", bisik hatiku. Aku segera mendail nombor
...
Baca selanjutnya...

"Maafkan Ibu, Sayang..!!"

Dua puluh tahun yang lalu aku telah melahirkan seorang anak lelaki, wajahnya agak tampan namun kelihatan bodoh. Aqif , suamiku menamakannya Ahmad . Semakin lama semakin jelas kelihatan bahawa anakku Ahmad memang agak kurang kepintarannya. Pernah seketika terlintas di hatiku untuk memberikannya kepada orang lain, kerana rasa malu miliki anak sepertinya.
Suatu hari, ku utarakan hasrat hatiku memberinya pada orang lain pada suamiku. Namun Aqif, suamiku, mencegah niat buruk ku itu. Akhirnya aku terpaksa membesarkannya juga. Dua tahun setelah kelahiran Ahmad, aku telah melahirkan seorang anak perempuan yang cantik mungil. Aku memberinya nama Safiyyah. Aku teramat menyayangi Safiyyah, begitu juga dengan Aqif, suamiku. Kami selalu membawanya  ke taman hiburan, meluangkan masa bersamanya dan membelikannya permainan serta pakaian yang indah-indah.

Namun tidak demikian halnya dengan Ahmad. Dia hanya memiliki beberapa set pakaian biasa. Aqif, suamiku ada mencadangkan untuk membelikannya beberapa set pakaian yang lain, namun aku selalu menegahnya dengan dalih penjimatan kewangan keluarga. Suamiku hanya menuruti saja kata-kata ku. Tika usia Safiyyah mencecah 2 tahun, Aqif meninggal dunia
...
Baca selanjutnya...

Ujian Itu Tanda KasihNya !

“Kadang Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.”

Alangkah bagusnya jika kita boleh selalu berfikir seindah kata-kata di atas, kita mungkin akan menjadi lebih kuat untuk berhadapan dengan apa jua cabaran dan dugaan. Namun, yang menjadi masalahnya kita selalu melihat apa yang hanya terlihat oleh kita, langsung tidak mahu menduga apa yang tersembunyi di sebaliknya. Kalau dilihat semua kesusahan itu sebagai kesedihan, yang kita dapat tentulah kesusahan dan kesedihan belaka.  Tetapi jika kepayahan itu dilihat sebagai kemudahan yang mungkin tersembunyi di mana-mana, hati kita akan lebih berbaik sangka.

Hidup perlu dilihat dari perspektif yang pelbagai. Bukan Allah tidak kasih apabila menurunkan ujian tetapi kita yang gagal melihat kebaikan yang tersembunyi di dalamnya. Bukanlah Allah itu kejam apabila menimpakan ujian pada hambaNya. Kerana tidak mungkin Allah
...
Baca selanjutnya...