Promosi Mahrajan Thaqafi ke-4

Monday, July 23, 2012

Sasaran kita, TAQWA!



Pertama sekali, ana suka untuk kita refleksi balik diri dan hati kita wahai sahabat dan sahibah sekalian, tentang keadaan hati dan hubungan kita dengan Allah. Kuat atau tak? Keadaan Ramadhan yang main dekat ini pastinya satu ukuran pada hati kita untuk menjawab satu persoalan, apa yang kita RASA apabila Ramadhan ingin menerbitkan fajarnya?
            Teruja, kagum, seronok?
            Atau
            Biasa, sebab sudah biasa bertahun-tahun.

            Maka ukuran rasa tersebut ialah ukuran yang paling tepat untuk ukur sekuat mana hubungan hati kita dengan Allah. Ana mengajak diri dan hati ana serta sahabat dan sahibah yang dipilih Allah untuk berada di bahtera dakwah ini lihat, semak dan check balik keadaan hati kita, moga Allah permudahkan.
            Sebab mahu lihat, hati kita mati atau hidup?
            Ana tinggalkan soalan itu disini untuk setiap diri jawab dengan amalannya. Termasuklah diri ana.
            Pergi pada persoalan target UTAMA kita semasa Ramadhan, maka jiwailah firman Allah ini sebagai penyubur rasa CINTA kita pada Allah dan diterjemahkan dalam amalan kita.
“ Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.  Surah Al-Baqarah, ayat 183
            Benarlah tulisan As-Syahid Syed Qutb bahawa Al-Quran membentangkan perbendaharaan pada hati dan jiwa dan hidup, iaitu hati yang mempelajari Al-Quran untuk melaksanakannya.
            Maka sungguh, bagi yang dapat melihat, merasai dan menjiwai perbendaharaan Al-Quran, maka pastinya kesimpulan yang dicapai dari ayat di atas ialah TAQWA sebagai sasaran utama puasa di bulan Ramadhan.
            Orang yang jelas matlamat dan tahu apa yang mahu dicapai dalam sebuah perjalanan, maka dengan cepat dia akan sampai ke matlamat tersebut.
            Sebab dia gambaran yang jelas jalan-jalannya, petanya, halangan-halangannya, malah setiap dugaan dan cabaran semakin kuatkan keyakinannya.
            Itulah dia perjalanan menuju Allah seperti kata Al-Marhum Ustaz Mustafa Masyhur, kena ada ru’yatul wadhihah, pandangan yang jelas.
            Yang pastinya, TAQWA yang mahu dicapai juga ialah sasaran kita dalam perjalanan kita menuju Allah yang berjalan dalam hidup kita walau bukan dalam bulan Ramadhan.
            Cuma bezanya, Allah luaskan lagi perjalanan untuk sampai pada TAQWA pada bulan ini, sebab itu Ramadhan ialah madrasah tarbiah. Tarbiah Ruhiyah, tarbiah imaniah.
            Disana, Allah buka pengampunan seluas-luasnya bagi hamba-hamba yang ingin mohom ampunan-Nya. Allah buka rahmat-Nya dengan berbagai-bagai ganjaran bagi amalan-amalan pada bulan ini. Allah buka pintu syurga dan tutup pintu neraka.
            Bukankah jalan ini semakin terbentang luas?
            Persoalan seterusnya terletak pada kita, mahu atau tidak?
            Sungguh, sasaran kita iaitu TAQWA hakikatnya ialah satu mekanisme pertahanan dari dosa-dosa. Sebab hati dan jiwa dia peka pada dosa-dosa. Inilah gunanya word “berhati-hati” dalam mendefinisikan TAQWA seperti yang dijelaskan oleh Saidina Umar.
            Berhati-hati tatkala berjalan di jalan yang penuh duri. Maka seperti itulah jiwanya sentiasa berhati-hati dengan dosa, dan sensitif dengan dosa. Hasil dari hati yang dirasuk dengan iman, Natijah dari hati yang penuh dengan rasa CINTA, HARAP dan TAKUT pada Allah.
            Malah jiwanya peka dengan panggilan-panggilan iman, dan tuntutan-tuntutan iman. Maka hiduplah dia dalam dakwah dan jihad. Dan dengan bekalan TAQWA itu, Allah akan kurniakan dia kemenangan dalam dakwahnya.
TAQWA, Bekalan Terbaik dalam Dakwah dan untuk menemui-Nya
           Dan akhir sekali, sama-samalah kita pohon pada Allah dengan penuh kehambaan untuk memasukkan kita dalam bulan ini dengan penuh manfaat, bukan sia-sia.
           Agar TAQWA itu bisa diraih. Ana juga menyeru hati, jiwa dan diri ana serta kita semua untuk kita persiapkan diri menuju Ramadhan pada kali ini.
           Mana tahu, mungkin inilah Ramadhan yang terakhir.
           Apabila orang bertanya kenapa libatkan diri dalam dakwah, maka jawapan seorang senior menggugah jiwa ana.
           “ Itulah bekalan TERBAIK ana untuk dipersembahkan pada Allah kelak ”.
           Dan seharusnya TAQWA itu juga bekalan TERBAIK dalam dakwah, malah antara TERBAIK dalam perjalanan menuju Allah ini.
           “ Dan sesiapa yang bertaqwa kepada, nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar “ Surah At-Talaq, ayat 2
           Semoga dengan usaha dan penulisan ana ini, Allah kira dan Allah redha.
...
Baca selanjutnya...