Promosi Mahrajan Thaqafi ke-4

Wednesday, March 11, 2015

Salah Faham Tentang Ikhtilat

  Pada bulan januari lalu. Umat islam di Malaysia telah digemparkan dengan satu insiden atas pentas konsert k-pop di Genting Highland yang akhirnya menjadi viral dan mendapat perhatian masyarakat Malaysia amnya dan masyarakat islam khususnya.
  Insiden ini merupakan satu cara daripada Allah untuk membuka mata masyarakat islam bahwa amalam islam di negara ini begitu longgar sehingga perkara sebegini boleh berlaku.
  Ikhtilat atau percampuran di antara lelaki dan perempuan sebegini dipandang mudah oleh masyrakat yang kurang faham tentang syariat islam itu sendiri.
  Ikhtilat ( Pergaulan antara lelaki dan perempuan )
Ikhtilat sering berlaku di mana-mana sama ada dalam menuntut ilmu, gerak kerja berorganisasi, bidang pekerjaan atau ketika bergaul dengan masyarakat. Namun, masih ramai yang keliru dengan hukum sebenar dan batasan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.Ada ulama' yang berpandangan bahwa pergaulan antara lelaki dan perempuan itu haram, ada juga yang mengatakan bahawa pergaulan tersebut adalah harus.
  Bersesuaian dengan zaman yang semakin mendepani cabaran ini, lebih sesuai kita mengambil hukum ikhtilat sebagai harus selagi mana kita mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan sebagai mana yang difatwakan oleh ulama' kotemporari, syeikh Dr Yusuf Al Qaradhawi.
  Hal ini demikian kerana, ikhtilat adalah perkara fitrah. Pergaulan sebegini memang perkara yang tidak boleh dielakkan.kerana manusia hidup di dunia ini saling bantu membantu antara satu sama lain. Maka, Masyarakat memerlukan etika yang betul supaya manusia tidak boleh jatuh kepada jurang kebinasaan seperti penzinaan, bercouple, keruntuhan akhlak, fitnah dan sebagainya. 
  Menurut Syeikh Dr Yusuf Al Qaradhawi, dalam buku beliau Fatwa Al Mar'atul Muslimah, Pertemuan atau perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan secara mutlak, bahkan hukumnya adalah harus mahupun dituntut jika tujuannya adalah mulia, memberi manfaat dan menambah amal soleh seperti menuntut ilmu, membawa kebaikan, dan perkara-perkara dimana berhajatkan bantuan dan pertolongan berlandaskan batas dan tujuan yang betul yang telah digariskan oleh islam.
  Batas-batas dalam pergaulan ( Ikhtilat)
(1) Menjaga Pandangan 
  kedua-duanya hendaklah menjaga pandangan, tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat, dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat.
Firman Allah s.w.t
"katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhmya Allah Maha Mengetahui amalam yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya." (An-nur ayat 30-31)
(2) berpakaian sopan dan menutup aurat.
  Seorang muslimah hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang sopan yang ditetapkan oleh syriat iaitu dengan menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan wajah, tidak jarang (nipis) dan tidak menampakkan bentuk tubuh.
Firman Allah s.w.t "Dan janganlah mereka menampakkan [erhiasannya, kecuali yang nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kaun tudung ke dadanya" (An-nur ayat 31)
Allah s.wt menjelaskan lagi kelebihan berpakaian sopan melalui Firman-Nya "Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu." (Al Ahzab ayat 39)
  Seorang Muslimah seharusnya sentiasa berakhlak mulia, terutama ketika bermuamalat dengan lelaki, iaitu:
a) Percakapan
Hendaklah menjauihi daripada suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan, Allah SWT berfirman "Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" (Al-Ahzab ayat 32"
b) pergerakan
  Berjalan atau bergerak dengan tidak berlenggok atau kata lainnya tidak menggedik kerana sifat ini merupakan sifat wanita-wanita jahiliah pada zaman rasullullah s.a.w.
  Allah SWT menyifatkan sopan santun seseorang perempuan dengan  Firman-Nya " kemudian datanglah kepada musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan (dalam keadaan malu)" (Al-Qasas ayat 25)
(4) Menjauhi wangi-wangian
  Menjauhi bau-bauan atau wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai di rumah bukannya ketika perjumaan dengan lelaki.
(5) Tidak berdua-duaan
  Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram atau teman di sisi mereka, perbuatan ini amat ditegah dengan sebuah hadis sahih mengenainya (Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api dan kayu bersama kerana kedua-duanya semakin 'terbakar' jika dibiarkan berdua, semasa berurusan dengan lelaki ajnabi, perlu ada yang menemani kita contohnya seperti kawan-kawan yang dipercayai, guru atau kaum keluarga terdekat
(6) Tempat yang tidak menimbulkan fitnah
  Meskipun kita tidak berdua-duaan, kita juga perlu menjauhi daripada berurusan di tempat-tempat yang boleh menimbulkan fitnah. Hal ini demikian kerana, perbuatan tersebut akan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang muslim dan muslimah.
(7) Berurusan kerana keperluan bukan kemahuan.
  Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat contohnya mesyuarat dan urusan yang perlu, jauhkan daripada memanjangkan percakapan dengan perkara luar dari hajat itu seperti berbual-bual kosong, mengumpat ataupun perkara-perkara yang boleh membawa kepada kemungkaran.

  Jika dilihat kepada syarat-syarat di atas, penekanan untuk menjaga batas-batas adalah lebih kepada kaum hawa tanpa mengabaikan peranan kaum adam dalam memelihara batas-batas pergaulan. Hal ini demikian kerana, kita sedia maklum bahawa seorang muslimah, jika tidak menjaga dirinya dengan baik akan mudah terdedah kepada,fitnah sebagaimana disebut dalam hadis
 Sabda Rasulullah s.a.w
"Tidak aku tinggalkan suatu fitnah sesudahku yang lebih merbahaya kepada kaum lelaki melaikan godaan wanita" (hadis riwayat bukhari dan muslim)
  Maka ana menyeru semua wanita muslimah untuk bersama-sama memelihara diri dengan sentiasa menjaga batas-batas syariat dalam pergaulan seharian kita supaya kita tidak mudah terdedah dan terjerumus kepada kebinasaan.
  Batas-batas ketetapan Allah ini, sama sekali bukan untuk menyusahkan diri kita, bahkan demi kebaikan bersama. Hal ini kerana Allah yang menciptakan kita, dan Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
  Bukankan Allah telah berfirman bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik manakala perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Dengan keyakinan ini marilah kita menjadi hamba yang terbaik di sisi-Nya. Insya-Allah.

"Dunia ini adalah pergiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah"
(Hadis Riwayat Muslim)

(* ditulis oleh pihak penerbitan puteri mohon maaf diminta dari ana, jika pembaca yang membaca terasa seperti membaca suatu perkongsian untuk Muslimah)

...
Baca selanjutnya...