Promosi Mahrajan Thaqafi ke-4

Saturday, June 16, 2012

Laskar Da'ie



"Eh, kau ni, dari tadi tak bercakap, muka monyok je macam tikus mondok kenapa, chill la. Hari ni last day kut" kata Ilyas cuba menceriakan sahabatnya.

"Aku tak sedia lagi la, Aku tak nak pegi" Fateh menyepak tin yang berada di hujung kakinya. Lalu duduk di atas tembok yang memisahkan anatara jalan raya dan tasik shah alam.

Ilyas mengikutinya lalu duduk bersebelahan dengannya. "Apa yang menyebabkan kau rasa kau tak sedia?" soal Ilyas lagi.

Fateh membuang pandangannya ke tasik shah alam, melihat itik-itik yang sibuk berebut cebisan-cebisan roti yang di baling pengunjung tasik tersebut. "Aku tak sedia lagi. Aku tak kuat menghadapi dunia luar. Aku perlukan lagi tarbiyah macam kita dapat di sekolah. Aku tak rasa dunia luar boleh bagi aku apa yang aku dapat sebelum ni. Lain la kau, kau tak macam aku. Sekali keluar suara, semua pandang, ikut". Fateh memandang Ilyas di sebelahnya. Ilyas ketua pelajar di sekolahnya. Kepimpinannya benar-benar menjadikan Ilyas seorang yang di hormati di sekolah. Bukan sahaja pelajar-pelajar menghormatinya, bahkan guru-guru, ibu bapa-ibu bapa dan sesiapa sahaja yang mengenalinya akan menyukai peribadi Ilyas. Walaupun rupa tidaklah seberapa, tetapi akhlak dan ketegasannya dalam hukum Allah menjadikan dirinya disukai semua.
Ilyas tersenyum. Sambil melihat itik-itik di
...
Baca selanjutnya...

Cinta Hakiki, Hati Bahagia




Assalamu'alaikum wtbth..., Siapakah yang anda cintai?

Betul ke anta/enti cintakan dia?

Apa bukti cinta awak padanya?

Ermmmm..., Kita semua adalah manusia..., manusia ini fitrahnya suka bercinta, di mana yang membuatkan hati kita menjadi bahagia. Kebanyakan manusia di muka bumi ini sering meletakkan cinta utama mereka kepada makhluk(dunia), termasuk tv, internet, kawan-kawan, pasangan dan lain-lain. Akan tetapi cinta yang paling utama adalah Cinta Hakiki. Cinta Hakiki bagi sekalian makhluk di alam semesta ini adalah Allah SWT, Dialah yang menjadikan, menjaga, memberi rezeki dan sebagainya kepada kita..., Allah SWT lah Yang Maha Penyayang pada kita..(sekalian manusia), maka wajiblah serta layaklah Allah merupakan Cinta Utama kita.

Tapi, bagaimana pula dengan manusia yang berkata, "Aku cintakan Allah", akan tetapi tidak kelihatan pada dirinya itu akan kecintaannya kepada Allah. Maka, hanya ungkapan tidak cukup bukan? Oleh sebab itu, tergerak hati ana untuk mencari tanda-tanda cinta kita kepada-Nya dan ingin berkongsi dan muhasabah pada diri masing-masing. Adakah ciri-ciri tersebut ada pada diri kita? Marilah kita sama-sama bermuhasabah dan cek agar diri menjadi hamba yang Dia redhai dan cintai.

Cintakan Allah SWT mempunyai tanda-tanda yang dapat dilihat dalam keperibadian hamba-hamba yang cintakan-Nya. Antaranya ialah:

1.    Selalu menyebut-Nya (Az-Zikr)

Apabila seseorang mencintai sesuatu maka ia akan sering
...
Baca selanjutnya...

Thursday, June 14, 2012

Awak..



“Apa kamu ingat ini rumah bapa kamu? Sesuka hati kamu hendak keluar pagi malam!”

“Sudah ramai cikgu dan warden-warden bercakap tentang kamu. Mereka kata kamu biadap, tak kenang budi dan macam-macam lagi. Sudahlah pakaian macam jantan, perangai pun dah nak macam jantan!”

Malam itu banyak pasangan mata mengerling awak. Segala jenis kerlingan ada. Kerlingan marah, meluat, bosan, puas hati dendam terbalas dan jijik nak termuntah. Semua senior meninggi suara pada awak. Mereka mahu awak berubah, tetapi dengan cara mereka tersendiri.

Sebenarnya saya tahu ini bukan kali pertama awak fly dari asrama pada waktu malam. Dan saya juga tahu bahawa semua senior menyangka ini kali pertama awak keluar asrama tanpa izin. Awak rasa selesa kerana perbuatan awak selama ini tidak ada sesiapa yang tahu. Tetapi awak tidak sedar ada sepasang mata yang sentiasa mengambil tahu.

Saya sengaja tidak mahu menegur awak kerana saya rasa belum tiba masanya yang sesuai. Sebenarnya saya tidaklah begitu marah pada awak. Saya tahu awak keluar asrama pada waktu malam bukan untuk melakukan maksiat, awak cuma
...
Baca selanjutnya...

Sekeping Hati

"Sekeping hati di bawa berlari, 
jauh melalui jalan yang sepi, 
jalan kebenaran indah terbentang, 
di depan matamu para pejuang...."

Masih ingat nasyid berjudul Sekeping Hati yang pernah didendangkan oleh kumpulan Saujana pada zaman era 90-an? Pendapat penulis, inilah antara nasyid yang sangat terkenal di tanah air sewaktu itu (zaman 90-an). Ya. Sebuah nasyid yang membicarakan sekeping hati. Bagi penulis sendiri, segala titik tolak perbuatan, amalan, perasaan yang muncul daripada kita adalah natijah daripada isi hati kita. Kenapa? Kita lihat sebagaimana yang telah dipesan oleh Rasul kita melalui sabdanya;

"Di dalam diri manusia itu ada seketul daging yang apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya. Maka apabila ia buruk, maka buruklah seluruh jasadnya. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati"

-Hadis riwayat Bukhari

Maka, di sini Rasulullah SAW telah memberi satu ruangan minda untuk kita sama-sama berfikir, melihat lalu mengamati setiap inci yang ada bagaimana hati ini yang ruangnya
...
Baca selanjutnya...

Saturday, May 26, 2012

KENAPA KITA BERUBAH??



“Sesungguhnya hati itu lebih cepat berbolak balik daripada periuk yang sedang menggelegak” (kata-kata sahabat)

Masih teringat zaman belajar di SMIK dulu. Zaman penuh kenangan yang sedikit sebanyak telah mendidik diri ini untuk mengenali dan menghadapi realiti kehidupan pada hari ini. Benar, kenangan semalam yang bermakna adalah yang mengajar kita akan erti kehidupan pada hari ini. Tambahan nostalgia, kenangan, ingatan ataupun pengalaman merupakan sesuatu yang unik bagi setiap manusia, masing-masing dengan kisah mereka yang tersendiri. Sebab itu , kadangkala kita perlu berkongsi cerita dan bertukar pengalaman kerana ianya mungkin berharga dan mampu dimanfaatkan oleh orang lain.

“The world needs all of our stories” teringat salah satu iklan yang terpampang di badan keretapi bawah tanah bandar Toronto.

Memasuki SMIK pada awal tahun 2005 sebagai pelajar tingkatan satu merupakan saat yang tidak akan dilupakan. Perasaan masih bercampur-baur kerana terpaksa duduk di asrama berjauhan dengan keluarga. Mujur ada beberapa kenalan dari sekolah rendah yang merudumkan sedikit perasaan gelisah itu. Sebagai seorang bekas pengawas dan pemegang beberapa kepimpinan lain di sekolah rendah dahulu, saya ini sedikit sebanyak berperwatakan sebagai seorang yang baik dan soleh ketika di tingkatan satu. Banyak senior menyangka bahawa inilah adik yang mampu diharapkan untuk mengganti
...
Baca selanjutnya...

Monday, April 9, 2012

Iman Adalah Paksi!

Hubungan hati dengan Allah. Sungguh, sahabat-sahabat penulis selalu mengulang-ulangnya.

”HDA(Hubungan dengan Allah)....HDA, jaga HDA! ”

Begitulah, kata-kata semangat yang mereka ulang-ulang walaupun dipadang permainan. Dan kadang-kadang, ianya menjadi kata-kata keramat membina semangat dalam permainan tersebut. Dan kadang-kadang juga, ianya pengubat hati yang resah ketika penulis menghadapi waktu-waktu sukar seperti final exam, maka ayat ” jaga HDA hashimi ” menjengah di dalam telefon bimbit penulis tatkala meminta doa dari sahabat-sahabat.

Bagi penulis, ianya terlalu bermakna. Dan disini, degan kudrat yang Allah beri, suka penulis kongsikan apa yang penulis rasa, sedar dan faham dengan word mahal itu. Agar kita sama-sama dapat juga merasainya. Agar sama-sama kita renung hakikat kehidupan kita. Benar, ianya ada kaitan dengan kehidupan kita, bahkan seluruh kehidupan kita. Moga Allah mudahkan.

Mungkin kita selalu merasai bahawa saat kita berhubung dengan Allah hanya tatkala ibadah-ibadah khusus seperti solat dan sebagainya. Dan kita hanya rasa Allah ada dalam kehidupan kita tatkala itu.

Hakikatnya tidak wahai sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana Allah. Mungkin kita faham bahawa Allah ialah Rabb dan Ilah kita dimana-mana sahaja, dalam keadaan apa sekalipun, dan dimana sahaja. Tapi adakah kita faham, sedar dan rasa bahawa keperluan berhubung dengan Allah sepatutnya dibumikan begitu juga, yakni dimana sahaja, dalam keaadaan apa sekaipun dan setiap masa.

Bukankah kehidupan kita ialah ibadah?

Merasai kebersamaan dengan Allah itulah yang menjadikan ”ianya” sebagai ibadah. Maksud ianya itu ialah
...
Baca selanjutnya...

Saturday, December 24, 2011

Dakwah VS Akademik


Jangan jadikan akademik kita, sebagai satu fitnah(kecacatan) kepada dakwah kita'

Kata-kata yang masih canang dan diingati sejak dulu. Menjadi satu persoalan buat diriku yang bergelar seorang pelajar. Adakanya, kita mungkin sering menyibukkan diri dengan mengikuti program-program dakwah yang diadakan oleh pihak sekolah (skop penulis) ataupun mana-mana badan organisasi. Dipanggil untuk turun menghulurkan bantuan fizikal waima kekuatan mental walaupun kita tahu penat dan lesu adalah bakal ganjaran zahirnya. 

Tapi, antara kesibukan yang menjadi 'teman' dalam perjuangan ini, jangan kita lupa akan satu perkara yang ada kepentingannya. Kepentingannya menjadi kaca mata manusia yang lain dan prioritinya setanding dan
...
Baca selanjutnya...