Promosi Mahrajan Thaqafi ke-4

Monday, April 9, 2012

Iman Adalah Paksi!

Hubungan hati dengan Allah. Sungguh, sahabat-sahabat penulis selalu mengulang-ulangnya.

”HDA(Hubungan dengan Allah)....HDA, jaga HDA! ”

Begitulah, kata-kata semangat yang mereka ulang-ulang walaupun dipadang permainan. Dan kadang-kadang, ianya menjadi kata-kata keramat membina semangat dalam permainan tersebut. Dan kadang-kadang juga, ianya pengubat hati yang resah ketika penulis menghadapi waktu-waktu sukar seperti final exam, maka ayat ” jaga HDA hashimi ” menjengah di dalam telefon bimbit penulis tatkala meminta doa dari sahabat-sahabat.

Bagi penulis, ianya terlalu bermakna. Dan disini, degan kudrat yang Allah beri, suka penulis kongsikan apa yang penulis rasa, sedar dan faham dengan word mahal itu. Agar kita sama-sama dapat juga merasainya. Agar sama-sama kita renung hakikat kehidupan kita. Benar, ianya ada kaitan dengan kehidupan kita, bahkan seluruh kehidupan kita. Moga Allah mudahkan.

Mungkin kita selalu merasai bahawa saat kita berhubung dengan Allah hanya tatkala ibadah-ibadah khusus seperti solat dan sebagainya. Dan kita hanya rasa Allah ada dalam kehidupan kita tatkala itu.

Hakikatnya tidak wahai sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana Allah. Mungkin kita faham bahawa Allah ialah Rabb dan Ilah kita dimana-mana sahaja, dalam keadaan apa sekalipun, dan dimana sahaja. Tapi adakah kita faham, sedar dan rasa bahawa keperluan berhubung dengan Allah sepatutnya dibumikan begitu juga, yakni dimana sahaja, dalam keaadaan apa sekaipun dan setiap masa.

Bukankah kehidupan kita ialah ibadah?

Merasai kebersamaan dengan Allah itulah yang menjadikan ”ianya” sebagai ibadah. Maksud ianya itu ialah
seluruh aktiviti-aktiviti hidup kita.

Ibadah yang syumul=Islam yang syumul

Sahabat-sahabat, kita mahu jadikan seluruh kehidupan kita ada paksi yang memandunya, asas yang membinanya. Kita mahu jadikan segala apa yang ada pada kita dan termasuklah seluruh aktiviti kita ada hubungannya dengan Allah.

Kita nak hubungkan semuanya dengan Allah. Kita nak hubungkan permainan kita, mesyuarat kita, majlis-majlis kita, semasa dalam kelas, dan seluruh aktiviti, ruang lingkup hidup itu sendiri dengan Allah.Titik mula ini yang memandu kehidupan kita dalam memahami dan merasai kehendak-kehendak Allah. Kehendak-kehendak Islam itu sendiri.

Dan sungguh, kerana Islam yang kita faham tidak terbatas di pagar-pagar masjid, bermusim, dan hanya berada di majlis-majlis tertentu. Islam yang kita faham ialah manhaj hidup, sistem yang mengatur hidup. Bukankah ini hakikat kita jadikan hidup kita sebagai mihrab meyembah Allah.?

Sebab itulah kita tidak mahu hubungan dengan Allah ini terputus setelah kita melangkah keluar dari masjid atau program-program keagamaan yang lain. Kita tidak mahu merasai bahawa memakai tudung dengan sempurna itu hanya untuk pelafar-pelajar jurusan agama atau ustazah-ustazah.

Sungguh, dalam urusan-urusan kita, kita ada Allah. Dalam kita membuat kerja, kita ada Allah. Dan dalam kerehatan kita, kita ada Allah. Dalam kita meletakkan perasaan-perasaan kita seperti marah, cinta dan lain-lain, kita ada Allah.

Bezanya, sedar atau tidak sedar.

Maka sebab itulah ”rasa” ini kita mahu bina. Dan apabila kita bina dan terus bina, inilah yang akan memandu hidup kita. Dan hidup kita akan ada landasan walupun disekeliling kita dan persekitaran kita, jahiliah menguasai. Kita tidak mudah larut dengan suasana. Ini pasak kita untuk ambil Islam secara keseluruhan!

Hubungan dengan Allah ini bagaikan akar pokok. Kalu rosak akar, maka rosaklah pokok. Ini yang kita takuti!

Sedarlah, jiwa yang sentiasa berhubung dengan Allah, itulah jiwa yang hidup. Itulah jiwa yang kuat dalam menongkah arus kehidupan. Dan sedarlah wahai sahabat-sahabat, ini hakikat iman yang kita mahu bina!

Sebab itulah, jika kita dengan Allah tidak settle, maka yang lain-lain juga kita tidak akan settle. Settle dalam menjadikan kehidupan kita, sebagai medan ubudiah yang sebenarnya, sebagai medan mencari bekal, untuk balik bertemu Allah.

Disini, kalau kita jelas, kita akn bina matlamat akhirat dalam seluruh kehidupan kita. Kita tidak mudah lari, tidak mudah goyang dan goyah.

Inilah fungsi Iman

Sebab itu, penekanan kita ialah bina iman. Dan sesiapa yang merasai proses pembinaan iman ini tidak penting, maka dia silap. Jika dia merasai pembinaan iman hanyalah sia-sia dan membuang masa, serta mengatakan ianya tidak berpijak dibumi realiti, maka dia menolak Sunnah Rasulullah dalam membina Ummah. Kita akan selalu mengulang-ulangnya agar kita tidak cuai dengannya. Agar betapa pentingya pembinaan iman ini.

Sehingga kelak, kita duduk dengan sahabat-sahabat kitapun akan menambah iman kita. Sehingga kita rasa aktiviti-aktiviti kita walaupun rekreasi, riadhah, menambah rasa keterikatan hati kita dengan Allah.

Iman yang berfungsi=hubungan hati dengan Allah=asas terbinanya Islam yang syamil dan kamil=hakikat meyembah Allah=kehidupan yang sebenarnya

Hakikatnya, ianya bukanlah sesuatu yang terpisah.

Maka proses penanaman keimanan itu ialah proses pembinaan diri dan keperibadian kita. Dan proses pembinaan inilah apa yang sebut-sebut hari ini sebagai Tarbiah Islamiah.

Sungguh, renungilah...

” ...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri... ”_Surah Ar-Ra’ad, ayat 11_

Keimanan adalah asas.

Keimanan ialah paksi.

Jom kita sama-sama bina hakikat iman itu dalam hati kita, jom kita serahkan diri dan jiwa untuk diproses, agar seluruh kehidupan kita dipandu dengan iman, agar merasai kebersamaan dengan Allah itu kita jelas dan rasa. Dan yang paling penting, agar Allah redha dengan kita dan seluruh kehidupan kita.

Cinta dan redha Allah ialah matlamat.

Moga Allah redha

0 comments:

Post a Comment