Promosi Mahrajan Thaqafi ke-4

Saturday, December 24, 2011

Dakwah VS Akademik


Jangan jadikan akademik kita, sebagai satu fitnah(kecacatan) kepada dakwah kita'

Kata-kata yang masih canang dan diingati sejak dulu. Menjadi satu persoalan buat diriku yang bergelar seorang pelajar. Adakanya, kita mungkin sering menyibukkan diri dengan mengikuti program-program dakwah yang diadakan oleh pihak sekolah (skop penulis) ataupun mana-mana badan organisasi. Dipanggil untuk turun menghulurkan bantuan fizikal waima kekuatan mental walaupun kita tahu penat dan lesu adalah bakal ganjaran zahirnya. 

Tapi, antara kesibukan yang menjadi 'teman' dalam perjuangan ini, jangan kita lupa akan satu perkara yang ada kepentingannya. Kepentingannya menjadi kaca mata manusia yang lain dan prioritinya setanding dan
sebaris dunia dakwah dan tarbiah. Tapi, apakah dia sebenarnya? Sehinggakan skopnya setanding kerja yang paling mulia ini. Tidak melain tidak, dia adalah akademik, atau pelajaran yang kita hadapi di medan persekolahan ataupun mana-mana institus pengajian. 

Apakah kolobrasi antara keduanya?
 
Sebagai seorang daie atau orang yang menyeru kepada kebaikan, tidak baik sekiranya dakwah kita terajui kehadapan tetapi pelajaran kita tercicir di belakang tanpa sedari. Bukan mengapa, ketahuilah wahai pembaca sekalian. Dunia pada hari ini berperang bukan dengan menggunakan pedang dan senjata yang bakal menjatuhkan si lemah. Bukan fizikal si musuh menjadi sasaran tembakan. Dan bukan jua sebuah medan peperangan yang yang menjadi saksi terkorbannya berjuta umat manusia. Tetapi dunia kini, berperangkan sijil yang diperolehi. Teringat sebuah kata-kata yang menjadi 'highlight' dalam kehidupanku sebagai seorang pelajar dan daie; 

"Dakwah bukanlah pertama, tetapi akademik juga bukanlah kedua"

Kerana apa? Dan apakah yang dimaksudkan 'mencacatkan dakwah'?

Begini, ayuh kita terbangkan imaginasi kita kepada sesuatu situasi. Pembaca sekalian, bayangkan andai kita ini seorang pelajar yang menuntut di salah sebuah institut pengajian. Dan masyarakat di sekeliling kenal akan diri kita, seorang yang sibuk dan aktif dalam gerak kerja ini. Sehinggakan kita mendapat cop gelaran 'ustaz' dan sebagainya. Hebat hujah, tutur bicara kita apabila berhadapan di khalayak ramai. Sehinggakan manusia sering melihat dan membicarakan perihal kita walau di mana sahaja. Tetapi, alangkah terkejutnya apabila keputusan peperiksaan yang diperoleh sangat tidak memuaskan. Tidaklah sehebat yang dibicarakan dalam dakwahnya. Sehingakan manusia-manusia yang lain jauh lebih hebat hasil keputusan peperiksaan mereka. Maka, apakah konotasi dari keadaan ini? Adakah suatu yang manis dilihat atau pahit menyaksikannya? Di sinilah suatu keadaan yang dipanggil tercacatnya dakwah kita.

Jadi apakah yang harus dilakukan? Adakah dengan mengambil langkah mudah, mengasingkan diri dari gerak kerja ini? Daripada manusia banyak menilai kita, lebih baik kita diam diri sahaja, di akhirnya, tiada siapa yang akan menilai. Begitu?

Hakikatnya, kita hidup berorientasikan matlamat dan wawasan. Kenapa Allah menuntut agar umat Islam mencari ilmu, adalah supaya manusia dapat memperoleh taraf nilai kehidupan yang lebih bermakna. Pembangunan lahiriah dewasa ini, seharusnya seiring senafas dengan pembangunan rohaniah. Walaupun manusia mencapai modal pembangunan yang cukup modenisasi, tetapi etika kehidupan, nilai moral sesebuah institusi kemasyarakatan cukup terjaga apatah lagi di bawah kehendak syarak. Dan itulah dia matlamat dakwah, mengajak kembali manusia mengenal Allah dan erti kebahagiaan hidup. Biar mengejar kenikmatan hidup di dunia tetapi tidak lupa kebahagiaan di negeri akhirat turut menjadi sasaran.

Konklusinya;
-Menuntut ilmu itu perlu dan berdakwah itu juga perlu. Seimbangkanlah antara kedua-duanya. 
-Haruslah antara kita, seorang mas'ul (pembimbing) yang akan memantau segala kerja kita. Kerana mereka ini seperti penapis yang akan tapis segala gerak kerja kita yang mungkin tidak kena atau tidak seimbang.

0 comments:

Post a Comment