Promosi Mahrajan Thaqafi ke-4

Saturday, December 24, 2011

Bumi Ujian

picture by N!SHOWproductions 
 Hembusan angin pagi.. tidak akan kekal sampai petang.. dan hembusan angin tatkala petang itu.. tidak akan pernah sama.. dengan hembusan angin di kala malam.. Sahabatku..begitulah hakikatnya.. Hidup di atas layar dunia.. bukanlah selamanya.. dan kehidupan dunia itu.. tidak akan pernah sama.. dengan kehidupan di alam seterusnya.. 

Dunia..adalah sebuah perjalanan.. dan hidup pula adalah ujian.. Ketahuilah..ujian itu bisa menyerang dari segenap arah.. Kadangkala ianya manis dihirup.. dan kadangkala ianya sangat tajam menghiris jiwa.. sehinggakan jiwa tersasar.. mencari sebuah solusi.. Jauh jiwa merantau..mencari pengubat jiwa yang bernanah.. sehingga ia disapa oleh sebuah persoalan.. 
"KE MANA LAGI HARUS KU PERGIi???" 

Puas jiwa menjelajah bumi ujian.. Namun tidak ada setitis penawarpun yang ditemui.. dan akhirnya jiwa menangis sepi.. Lalu sejenak ia direnung.. satu hakikat!!! Bahawa sesungguhnya.. Sakit itu ujian.. dan ujian itu adalah dari yang Maha Mencipta.. Dialah yang Mencipta jiwa.. Dialah yang Mencipta ujian.. dan..Dia jugalah yang
Mencipta sakit.. Dialah yang Maha Menciptakan segala-galanya.. 

Allah!!! Kuat jiwa merintih.. Benarlah..penawar itu hanyalah dariMu.. dan akhirnya jiwa bisa tersenyum tenang dalam kepahitan.. kerana dia yakin..biarpun semua menyiksanya.. masih ada Kasih Allah untuknya.. Sahabatku..dengan itu.. Berbahagialah saat kita terpilih.. untuk hidup di atas bumi ujian ini.

0 comments:

Post a Comment