Promosi Mahrajan Thaqafi ke-4

Friday, December 23, 2011

"Maafkan Ibu, Sayang..!!"

Dua puluh tahun yang lalu aku telah melahirkan seorang anak lelaki, wajahnya agak tampan namun kelihatan bodoh. Aqif , suamiku menamakannya Ahmad . Semakin lama semakin jelas kelihatan bahawa anakku Ahmad memang agak kurang kepintarannya. Pernah seketika terlintas di hatiku untuk memberikannya kepada orang lain, kerana rasa malu miliki anak sepertinya.
Suatu hari, ku utarakan hasrat hatiku memberinya pada orang lain pada suamiku. Namun Aqif, suamiku, mencegah niat buruk ku itu. Akhirnya aku terpaksa membesarkannya juga. Dua tahun setelah kelahiran Ahmad, aku telah melahirkan seorang anak perempuan yang cantik mungil. Aku memberinya nama Safiyyah. Aku teramat menyayangi Safiyyah, begitu juga dengan Aqif, suamiku. Kami selalu membawanya  ke taman hiburan, meluangkan masa bersamanya dan membelikannya permainan serta pakaian yang indah-indah.

Namun tidak demikian halnya dengan Ahmad. Dia hanya memiliki beberapa set pakaian biasa. Aqif, suamiku ada mencadangkan untuk membelikannya beberapa set pakaian yang lain, namun aku selalu menegahnya dengan dalih penjimatan kewangan keluarga. Suamiku hanya menuruti saja kata-kata ku. Tika usia Safiyyah mencecah 2 tahun, Aqif meninggal dunia
. Ahmad di kala itu mencecah usia 4 tahun. Pemergian Aqif suamiku, telah menjadikan kami sekeluarga hidup dalam kemiskinan, dengan hutang yang semakin bertimbun. Lalu aku mengambil keputusan menggadaikan rumah peninggalan arwah suamiku, agar terbayar segala hutang. Kemudian ku bawa anak-anakku tinggal di sebuah rumah usang setelah rumah itu terjual. Kerana kehidupan yang kian melarat, akhirnya aku mengambil tindakan yang kini membuat ku menyesal seumur hidup. Aku membuat keputusan berhijrah ke tempat lain untuk meneruskan penghidupan. Ku bawa bersama puteriku Safiyyah dan meninggalkan Ahmad yang sedang tidur dengan nyenyak tanpa rasa bersalah.
 Setahun, 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun.. telah berlalu sejak kejadian itu. Kini aku telah berkahwin dengan seorang pemuda tampan mempunyai kewangan yang stabil bernama Khalid. Usia pernikahan kami telah masuk tahun kelima. Berkat menikahi Khalid, sifat-sifat buruk ku sebelum ini telah berjaya berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih baik. Kini puteriku Safiyyah telah berumur 12 tahun dan kami menghantarnya ke sekolah yang ternama. Tiada langsung ingatan tentang Ahmad…Aku telah lama melupakannya..

Suatu petang, sedang aku duduk di balkoni rumah, memerhati putera hasil pernikahanku dengan Khalid bermain-main,tiba-tiba terlintas kembali memori silam seperti sebuah filem yang berlayar dalam mindaku. Baru sekarang aku menyedari betapa jahatnya perbuatan ku dahulu, betapa kejamnya diriku. Bayangan Ahmad terlintas kembali dibenakku. “Ya… Ahmad, ibu akan menjemputmu kembali” monologku sendiri sambil mengesat manik-manik jernih yang mula membasahi pipi.
Tanpa bertangguh ku ajak Khalid, suamiku bersiar-siar, kemudian aku telah memintanya memberhentikan kereta mewah miliknya dihadapan sebuah rumah usang yang pernah suatu ketika dulu menjadi tempatku berteduh bersama Ahmad dan Safiyyah. Khalid memandangku kehairanan, lalu bertanya “Mama, kenapa kita berhenti di sini?”

“Oh, Papa.., papa pasti akan membenci mama setelah mama menceritakan hal
yang telah mama lakukan dulu.” aku menceritakannya dengan tangis yang
teresak-esak. Ternyata Tuhan sungguh baik padaku. Dia telah menghadiahkanku
seorang suami yang begitu baik dan memahami. Setelah tangisku
reda, aku keluar dari kereta bersama Khalid, suamiku menuju rumah tersebut.
Pandangaku tidak beralih pada rumah usang yang berada di hadapanku kini. Aku mula teringat betapa kejamnya diriku yang sanggup meninggalkan Ahmad… entah bagaimana keadaannya kini, masihkah dia berada di situ…sehatkah dia…bermacam persoalan bermain di mindaku…
Tanpa berlengah lagi aku terus melagkah masuk, meneroka setiap ruang, mencari-cari di mana..Ahmad…“dimana kau nak…”. Namun, hanya kecewa yang ku peroleh, aku tidak menemui sesiapa pun di dalamnya melainkan sepasang baju biasa yang telah lusuh dan kotor di atas lantai. Aku mengambilnya dan mengamatinya dengan teliti. Mataku mula berkaca-kaca, ku tahan sebak di dada, aku mengenali potongan kain tersebut, ia adalah baju yang selalu menjadi pilihan Ahmad, anakku. Dalam suasana pilu itu, tiba-tiba aku dikejutkan dengan kemunculan seorang wanita tua yang telah menegurku dari belakang. Keadaan wanita tua itu tidak begitu terurus. Badannya kurus, pakaiannya pula compang-camping.
Wanita itu menyapa ku dengan suaranya yang parau, “Heii..!!kamu ni siapa?! Ada apa kamu di sini?!”

Ku beranikan diri bertanya, “Makcik, makcik kenal ke
dengan seorang budak yang bernama Ahmad?, dulu dia tinggal di sini.”

Wanita itu menjawab, “Oh..anak itu, kasihan sungguh, ibunya sungguh kejam,10
tahun yang lalu sejak ibunya meninggalkannya di sini, Ahmad terus
menunggu ibunya tanpa rasa jemu, tiap hari dia memanggil-manggil, “ibu...ibu…” sayu hati makcik tengok dia, selalu jugalah makcik datang menjenguk dia, beri dia makan..pernah juga makcik ajak tinggal bersama makcik, tapi dia menolak..walaupun makcik ni miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, tapi makcik tak sampai hati tinggalkan anak makcik macam tu…”
Sebak di dada makin tidak tertahan lagi…Khalid suamiku cukup memahami, lalu menanyakan “dimana anak itu sekarang?”
Wanita tua itu menyambung, “Tiga bulan yang lalu, Ahmad ada minta makcik simpan sepucuk surat..Dia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun, supaya dapat menulis surat ni…” lalu memberikan surat tersebut.
Tanpa berlengah aku terus membaca tulisan di kertas itu…
“Ibu…, kenapa ibu tidak pernah kembali lagi? Ahmad teramat rindukan ibu… ibu, marah pada Ahmad ye? Kembalilah ibu, Ahmad janji akan jadi anak yang baik, tapi kalau ibu tetap marahkan Ahmad, biarlah Ahmad saja yang pergi, jika hanya itu yang akan membuatkan ibu tidak marah lagi pada Ahmad. Selamat tinggal ibu…Ahmad selalu sayang pada ibu dan ayah…”
Aku menjerit histeria, setelah membaca surat
itu. “Makcik, tolong katakan…
katakan di mana anak saya sekarang? Saya berjanji akan meyayanginya…!!
Saya tidak akan meninggalkannya lagi, makcik! Tolonglah katakan..!!”
Khalid memeluk erat tubuhku yang bergetar keras dan cuba menenangkanku.

“Nak.., jika anak ini benar-benar ibunya..semuanya sudah terlambat. Sehari sebelum anak datang, Ahmad telah meninggal dunia…dia meninggal di belakang rumah usang ni. Tubuhnya sangat kurus, dia terlalu lemah. Demi menunggumu dia rela bertahan
di belakang rumah ni tanpa berani masuk ke dalam. Dia takut jika ibunya datang, ibunya akan pergi lagi jika melihatnya ada di dalam… Dia hanya berharap agar dapat melihat ibunya dari belakang rumah ni…walaupun hujan lebat, dengan keadannya yang lemah dia terus berkeras mahu menunggu di luar .”
“ Ahmad….maafkan ibu sayang…maafkan ibu….!!!!” Sesalku yang tiada henti…




3 comments:

Dandeli0n said...

sedihnya cerita ni..huhu.. teruskan update blog fikruttaqwa smik! :) Btw, blh sy tau sape blogger blog ni skrg?

Penulis Fikr said...

insyaallah.. blogger kami terdiri drpd beberapa org, insyaallah bleh dilihat pd senarai sidang redaksi kami (sblh kiri) :)

nurain_rihunmawaddah@yahoo.com said...

sedihnye, dan t'sentuh hati ini ble mmbce crite ny... bez sgt

Post a Comment