Pertama-tamanya, selama-lamanya, dan terutamanya, hati ini mengajak hati-hati sidang pembaca sekalian untuk sama-sama kita mengangkat setinggi-tinggi rasa syukur kita kehadrat Allah S.W.T, kerana masih lagi Allah mengumpulkan hati-hati ini, mengikat hati-hati ini dengan ikatan keimanan yang sebenar-benarnya, dengan penuh rasa ta’abud(perhambaan) kepada Allah. Selawat dan salam kita tujukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang telah bekorban dengan penuh penat lelah semata-mata untuk kita penuhi tujuan kita diciptakan, bekorban semata-mata untuk memastikan kita sejahtera didunia dan selmat di akhirat, dan mengajar dan mendidik kita akan erti kebahagian dengan sebenar-benar kebahagian dan alhamdulillah, nikmat Iman, nikmat Islam bertapak dihati ini dan moga-moga dengan itu, kita terus istiqomah diatas pelantar Islam.
Dalam persoalan ini, penulis hanya ingin berbicara dan mengajak untuk sama-sama kita kenal semula diri kita, peranan kita, dan tuntutan keatas kita. Bertitik tolak dengan satu soalan, kita siapa? Mari kita setkan minda kita bahawa kita wujud ada tugasnya, ada peranannya, ada tuntutannya sebelum kita berbicara mengenai “apa?” yang menjadi landasan kepada tugasan sebenar kita.
Mungkin ada yang sedar bahawa mereka ada peranan yang mengikat mereka melalui “title” mereka sekarang ini
tapi tiada matlamat yang jelas yakni matlamat ukhrawi. Lebih parah lagi, ada yang tidak sedar tentang apa peranan atau matlamat melalui “title” mereka sekarang ini maka lahirlah manusia-manusia yang mempunyai nafsu kelembuan. Hanya tahu makan, minum dan berseronok. Moge Allah mudahkan untuk kita faham.
tapi tiada matlamat yang jelas yakni matlamat ukhrawi. Lebih parah lagi, ada yang tidak sedar tentang apa peranan atau matlamat melalui “title” mereka sekarang ini maka lahirlah manusia-manusia yang mempunyai nafsu kelembuan. Hanya tahu makan, minum dan berseronok. Moge Allah mudahkan untuk kita faham.
Sahabat dan sahibah, brother and sister yang dirahmati sekalian, dalam hal ini, penulis ingin mengajak sidang pembaca untuk mengecilkan skop “siapa kita” kepada “title” kita sekarang ini.
Kita ialah pelajar. Itulah “title” kita. Dan persoalan yang mahu dibincangkan ialah, kita mahasisiwa yang bagaimana?
Dalam langkah-langkah kita pergi kekelas, mendengar penerangan cikgu, dan kadang-kadang dimarahi atas pelbagai sebab, dan semua situasi yang berkaitan dengan kita sebagai pelajar, pernahkah kita terfikir apa yang kita dapat dari semua ini? Untuk APA pengorbanan kita? Untuk apa penat lelah kita? Untuk APA kita “membuta” mata kita semata-mata untuk menyiapkan kerja yang bertimbun-timbun? Yup, jawapan yang bakal keluar ialah, untuk masa depan kita dari segi pekerjaan dan mungkin sebab-sebab lain.

Hakikatnya, pelajar muslim ialah pelajar yang ada peranannya didalam pembangunan Ummah ini, ada tugas dalam menyumbang sesuatu kepada Islam, kepada pembangunan Islam yang sempurna dan menyeluruh sebagai medan ubudiah yang sebenarnya. Bagi yang mengambil pengkhususan sains ada peranannya, bagi yang mengambil pengkhususan sastera ada peranannya, dan kita semua saling lengkap-melengkapi dalam membina bangunan Islam yang Allah redha. Bagai batu-bata, itulah hakikat kita bagi hati yang menyedari. Dalam proses membina ini, kebersamaan penting kerana kita tidak sempurna. Kita perlukan sahabat untuk tampung kekurangan ini. Peranan ini, terus mengikat kita, samada kita sedar ataupun tidak. Dan adakah Iman sebagai dasar kesedaran ini?
Penulis cukup tersentuh apabila seorang sahabat mengatakan “ Apa guna kita berjaya tapi Islam tidak dapat tumpang kejayaan kita?” dan ada juga yang mengatakan “ Ana harap kejayaan ana ini dapat memberi nilai tambah kepada Islam”.
Ya, inilah stand kita, inilah untuk “penat-penat” kita. Matlamat inilah menuju matlamat ukhrawi kita, yakni supaya Allah redha dengan usaha kita, supaya penat-penat kita tidak dipandang sia-sia pada pandangan Allah. Wahai pemilik hati-hati, jika matlamat ini mengikat kita, tertanam kukuh dihati, maka kita akan meningkat sedikit-demi sedikit dari setiap segi menuju redha-Nya. Sebab kita telah bina “track” kita, kita tahu siapa kita. Inilah kita wahai sahabat-sahabat dan sahibah-sahibah sekalian.
Binalah kesedaran ini disertai dengan Iman sebagai pasak kesedaran ini, kerana Imanlah yang memandu, Imanlah pengekal semangat, Imanlah “alat” motivasi ketika ujian mendatang kerana kesedaran dan kefahaman tidak akan membawa kita kemana-man tanpa Iman, malah hilang apabila bertemu dengan ujian. Moge semuanya lahir dari hati yang dipenuhi dengan iman yang subur dan bergerak.
Hakikatnya, pelajaran juga sebagai medium sumbangan kita pada Islam. Kita gunakan sistem, bukan sistem gunakan kita. Kita gunakan seluruh potensi kita untuk Islam, bukan jahiliah yang memerah potensi kita untuk kepentingan sistem jahiliah. Dan belajarlah bersungguh-sungguh, kerana kita bukan sahaja bawa imej diri kita, tapi imej Islam itu sendiri.
Apabila kesedaran ini memenuhi hati dan fikiran, maka kelak, kita akan melihat tiada beza antara pelajar Irk dan pelajar Engine secara keseluruhan, dari segi syakhsiah(keperibadian) dan akhlak terutamanya, kerana semua kita berusaha menjaga HDA(Hubungan Hati dengan Allah), berperibadi dengan keperibadian muslim dan sebagainya. Dan masing-masing menanggung mas’uliyah a.k.a tanggungjawab yang sama. Itulah hakikat kita sebagai seorang muslim, seorang hamba. Moga Allah redha dengan usaha kita.
0 comments:
Post a Comment