Promosi Mahrajan Thaqafi ke-4

Saturday, June 16, 2012

Laskar Da'ie



"Eh, kau ni, dari tadi tak bercakap, muka monyok je macam tikus mondok kenapa, chill la. Hari ni last day kut" kata Ilyas cuba menceriakan sahabatnya.

"Aku tak sedia lagi la, Aku tak nak pegi" Fateh menyepak tin yang berada di hujung kakinya. Lalu duduk di atas tembok yang memisahkan anatara jalan raya dan tasik shah alam.

Ilyas mengikutinya lalu duduk bersebelahan dengannya. "Apa yang menyebabkan kau rasa kau tak sedia?" soal Ilyas lagi.

Fateh membuang pandangannya ke tasik shah alam, melihat itik-itik yang sibuk berebut cebisan-cebisan roti yang di baling pengunjung tasik tersebut. "Aku tak sedia lagi. Aku tak kuat menghadapi dunia luar. Aku perlukan lagi tarbiyah macam kita dapat di sekolah. Aku tak rasa dunia luar boleh bagi aku apa yang aku dapat sebelum ni. Lain la kau, kau tak macam aku. Sekali keluar suara, semua pandang, ikut". Fateh memandang Ilyas di sebelahnya. Ilyas ketua pelajar di sekolahnya. Kepimpinannya benar-benar menjadikan Ilyas seorang yang di hormati di sekolah. Bukan sahaja pelajar-pelajar menghormatinya, bahkan guru-guru, ibu bapa-ibu bapa dan sesiapa sahaja yang mengenalinya akan menyukai peribadi Ilyas. Walaupun rupa tidaklah seberapa, tetapi akhlak dan ketegasannya dalam hukum Allah menjadikan dirinya disukai semua.
Ilyas tersenyum. Sambil melihat itik-itik di
hadapannya, Fateh berkata, "Kau nak jadi macam itik-itik tu?" Fateh menghalakan jari telunjukknya ke arah itik-itik tersebut.

Ilyas mengikut arah jari telunjuk Fateh. Dahinya dikerutkan. "Apa maksud kau?"

Fateh memandang temannya yang sudah lima tahun hidup bersama-sama susah senang di sekolah.

"Kau nak jadi macam itik tu ke? Setiap hari, menunggu manusia melemparkan makanan. Mengharapkan apa yang orang beri. Kita dan itik-itik tu lain. Kita dah ditugaskan menjadi khalifah. Kau tak boleh macam tu, Fateh. Sampai bila kau nak terus-terus di suap. Sampai bila? Takkan sampai ke tua pun kau nak macam tu jugak. Bila pula kau nak menyuap orang lain?" Ilyas terus-menerus menyoal.

"Sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun. Aku masih perlukan suasana tu, kau tahu kan macam mana keadaan di sana? Aku takut aku hanyut. Aku mahu tarbiyah itu sampai betul-betul aku sedia. Sekarang ni pun aku banyak down". Terang Ilyas, mengingatkan tawaran yang dia dan 4 lagi rakan sekolahnya dapat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dua orang di tawarkan ke Timur tengah dan 3 lagi ke eropah termasuk dia.

Ilyas membuang pandangnnya ke langit. "Kau yakin ke, bila masa kau dah sedia nanti, kau takkan down?" Soal Ilyas. Dia sedikit mengeluh. "Mana Fateh yang aku kenal dulu?" Kesal. Fateh juga tidak kurang hebatnya. Dialah ketua Badar sekolah. Dialah yang menggerakkan program-program keagamaan di sekolah.

Fateh diam membisu. "Aku kenal Fateh dahulu, yang matlamatnya mahu menjadi Muhammad Al-Fateh, pembuka kemenangan islam, mencari kunci constantinople saat dirinya muda. Dikenali hingga ke hari ini, dengan peribadinya yang luar biasa. Al-Fateh tu, dia tak tunggu pun orang lain yang membuka Constantinopel".
Ilyas memandang sahabatnya kembali. Melihat Fateh yang tertunduk.

"Fateh, kau tak boleh terus diam dalam kumpulan kau. Dah lima tahun Fateh. Lima tahun kita sama-sama di tarbiyah. Kau nak berapa lama lagi baru kau nak keluar? Kau tahu kisah sahabat Nabi, abu Dzar al-Ghifari?" Ilyas menasihati dan terus menyoal Fateh.
Fateh menggeleng sambil menguis-nguis kakinya di tanah.

"Abu Dzar Al-Ghifari, dia lahir dalam kaum Bani Ghiffar yang dikenali dengan peribadi buruk. Suka merompak, berperang menumpahkan darah. Dia juga seorang yang begitu. Selepas dia dengar tentang Rasulullah saw yang membawa ajaran baru, dia pergi mencari Rasulullah di kota makkah. Setelah mendengar kata-kata dari Rasulullah, pada hari itu juga dia memeluk islam. Setelah kembali ke kaumnya, beliau mengislamkan seluruh kaumnya. Hanya dengan sebentar bersama Rasulullah saw, beliau kembali mengislamkan seluruh kaum beliau. Bukan kaum biasa, tetapi kaum yang sangat gangster. Kau kenal Thufail ad-Dausi?" Soal Ilyas lagi.

Fateh menggeleng lagi.

"Dia seorang penyair dari Bani Daus. Setelah mendengar berita Rasulullah saw, yang dianggap quraisy membawa syair baharu, beliau pergi ke ka'abah. Beliau telah terserempak dengan Rasulullah saw. Mendengarkan kata-kata Rasulullah, beliau tahu antara sesuatu yang baik dan yang buruk, lalu beliau memeluk islam. Kemudian beliau kembali kepada kaumnya, beliau telah mengislamkan seluruh kaumnya. Kau tahu apa persamaan kedua-dua mereka, Abu Dzar Al Ghifari dan Thufail ad Dausi?" Ilyas memandang sahabatnya.

Fateh terus membisu. Membiarkan sahabatnya meneruskan bicaranya.

"Kedua-dua mereka menemui Rasulullah SAW dalam waktu sehari. Mereka yakin dengan dakwah Rasulullah SAW, kemudian mereka terus menyebarkan dakwah tersebut. Mereka tidak seperti kita, kan? Kau tahu salahnya perkataan-perkatan kau dengan menyatakan
kau tak bersedia?"

Dada Ilyas berdegup kencang.

"Aku cuma mahu kau yakin dengan diri kau. Kita tak boleh selama-lamanya duduk dalam kumpulan kita. Kumpulan yang telah lama di tarbiyah. Kau tahu, manusia-manusia di luar sana ramai yang sangat memerlukan apa yang kita dapat hari ini. Kalau bukan kita yang membantu mereka, siapa lagi, Fateh? Kau kata, kau penat melihat remaja-remaja yang seperti tiada pegangan di luar sana. Tetapi bila suruh kau mengajak remaja di luar sana, kau kata kau tidak bersedia, kau tidak kuat. Adilkah begitu? Jangan terlalu kedekut dengan apa yang kita dapat. Apa guna selama ini kita di tarbiyah, kita pergi kem, kursus sana sini, membincangkan soal tarbiyah dan dakwah, membincang permasalahan remaja, tetapi akhirnya kita duduk dalam kumpulan yang sama juga. Kita tidak pun berpecah ke tempat lain. Apa gunanya tarbiyah diri kita sahaja Fateh?"

Ilyas diam. Menelan liur. Penat bercakap. Melihat Fateh yang tidak juga bercakap, Ilyas kembali bersuara.

"Fateh, kita dah bersyahadah. Dah lama dah. Mungkin kita dah selesai hak syahadah kita yang pertama. Tetapi belum untuk hak syahdah yang kedua, kita perlu melunaskan kedua-duanya. Jika tidak, penyaksian kita, akan menjadi penyaksian yang bisu". Ilyas mengingati huruf-huruf yang tedapat di dalam buku Syahadatul Haq oleh Abu A'la Al-Maududi yang telah di bedahnya bersama temannya itu, Fateh.
Pembahagian syahadah terbahagi kepada dua entiti, sama ada melalui perkataan dan perbuatan. Syahadah perkataan diertikan sebagai cara kita menyampaikan Islam dalam bentuk percakapan atau menyampaikan Islam secara terus kepada golongan sasaran dan ianya disusuli dengan syahadah perbuatan yang mempamerkan ajaran dan keindahan Islam dalam seluruh cara hidup, akhlak dan pergaulan. Syahadah perbuatan merupakan sesuatu yang bukan menjadi alasan untuk dielakkan manakala syahadah perkataan ini bergantung kepada kemampuan seseorang dalam menyampaikannya.

"Kita perlu bertebaran untuk membenarkan hakikat syahdah ini". Sambung Ilyas.

"Hmm..alhamdulillah, terima kasih banyak Ilyas. Sedikit reda ombak dalam hati aku ni. Tapi ada sesuatu yang masih aku gusarkan". Kata Fateh setelah lama membisu.

"Apa dia?". Soal Ilyas kembali.

"Kau tahu kan, aku minat sangat bidang agama, dan aku sangat-sangat harap dapat ke Jordan. Tup-tup, aku dapat law ke UK pula, mak aku pula suruh kesana je". Fateh meluah.

Mengingatkan tawaran yang dia dapat. Dengan keuputusan SPM yang top five di sekolahnya dia ditawarkan untuk mengambil A level sebelum bertolak ke UK. Ibu bapanya sememangnya mahu dia ke sana, seperti abangnya. Kalau di ikutkan hatinya, mahu sahaja dia terbang Jordan. Ilyas yang juga mendapat keputusan top five telah ditawarkan untuk sambung ke Jordan dalam perubatan. Ibu bapa Ilyas juga adalah orang agama dan amat menggalakkan dia ke sana. Itu membuatkan Fateh lebih cemburu kepada Ilyas.


"Hei kawan. Kau tak ingat ke, Rasulullah SAW dulu pun, baginda mengasah sahabat-sahabatnya dengan bidang yang sahabat baginda pakar. Dan dengan asahan tu la, dengan bermacam-macam cara islam boleh di sampaikan. Mereka manfaatkan dengan kepakaran masing-masing. Takkan kita semua nak duduk dalam bidang yang sama, tak ke mana la kita jawabnya. Kan?" Ilyas tersenyum. Kemudian Ilyas mengulang hadith yang di dengari daripada ustaznya, ketika mereka di beri pilihan untuk memilih bidang sastera datau science untuk ke tingkatan 4.

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham” (HR Bukhari dan Muslim). Kau ingat tak hadith ni?" Ilyas menyoal Fateh.

Fateh tersenyum. Hadith yang di kenali sebagai hadith logam. Logam bermakna kelebihan. Ustaz kata, setiap manusia dicipta dengan logam (kelebihan) tersendiri. Kalau waktu itu manusia di waktu jahiliyah, maka logamnya akan menyokong jahiliyah, kalau waktu itu manusia islam, maka logamnya akan dibawa menyokong Islam. Seperti Saidina Umar r.a. waktu zaman jahiliyahnya, begitu kuat menentang islam, setelah islam beliaulah menjadi pahlawan menegakkan islam.
Ilyas menyambung. "Lagipun aku tengok bidang ni memang sesuai dengan kau. Kut-kutla nanti bila dah balik, aku dapat bukak klinik, bolehlah aku lantik kau jadi peguam klinik aku. Kan?" Fateh dan Ilyas ketawa.

"Ilyas, terima kasih banyak-banyak. Aku rasa lega sangat, kau tolong doakan aku selalu ye". Fateh senyum.

"InshaAllah.." Kata Ilyas sambil melihat burung "Kau lihat burung-burung tu". Ilyas mengarah jarinya kearah burung-burung yang berterbangan di langit. Fateh turut menoleh. "Kita seperti burung-burung tu. Berterbangan membawa kebenaran. Kau mahu menjadi seperti burung-burung tu? Berterbangan membawa rahmat?" Soal Ilyas. Fateh mengangguk dan tersenyum. "Jadi, kena beranilah. Dengan keyakinan dan pegangan yang kuat, walaupun tanpa biah, kita yang akan mewujudkan biah tersebut. Maka, bolehlah kita digelar laskar da'ie!" Ilyas sedikit meninggikan suaranya, menunjukkan yang dia bersemangat. "Benar sekali!" sahut Fateh.

"Kan kita dah janji.." Ilyas senyum kepada Fateh, "kita akan gegarkan dunia!" Fateh dan Ilyas sama-sama meninggikan suara. Beberapa pengunjung memandang mereka. Mereka berpandangan sesama sendiri, dan ketawa.

Hari semakin gelap. Mereka turun dari tembok. Lalu kedengaran laungan azan dari Masjid Sultan Abdul Aziz Shah. Mereka berniat bersama-sama berjemaah di masjid itu.

"Berazam menjadi laskar daie". Hati Fateh bersemngat.

Hai laskar daie, bertebaranlah kalian, maka berwarnalah bumi ini dengan warna-warna keindahan, sehingga warna itu membawa kita bersatu di syurga!

0 comments:

Post a Comment