Promosi Mahrajan Thaqafi ke-4

Friday, February 13, 2015

Hari Sukan Kini Kembali!


 Sekolah Menengah Ibn Khaldun akan mengadakan Hari Sukan 2015 secara tertutup, butiran seperti berikut :
Tarikh : 13, 14 dan 15 Febuari 2015
Masa :      8.05 pagi - 4.00 petang
                                                  Tempat : Sekolah Menengah Ibn Khaldun
                                            Penyertaan : Semua Pelajar S.M.I.K
Sehubungan dengan itu pihak sekolah telah mengadakan sesi latihan yang berlangsung pada 9-13 Febuari. Antara aktiviti yang diadakan ialah seperti bola tampar, bola baling , bola jaring , futsal, merentas desa, sepak takraw, dan sukaneka.
Hari sukan dimeriahkan dengan penyertaan rumah-rumah sukan berikut
Rumah Sukan Biru (Muhammad Al Fateh)

Rumah Sukan Hijau (Muhallab)

Rumah sukan kuning (Abd Rahman Auf)

Rumah Sukan merah ( Tariq Ziad)
Rumah sukan bagi putera adalah seperti diatas
Rumah sukan bagi puteri adalah : 1. Khansa` (biru)
                                                     : 2. Zinnirah (Merah)
                                                     : 3. Nusaibah (hijau)
                                                     : 4. Sumayyah (Kuning)

Antara gambar2 pada sesi latihan



^Hari Pertama^





^hari ke 2^




 ^hari ke 3^



^hari ke 4^

bagi sebelah puteri






Latihan merentas desa Puteri



Semoga Acara Sukan nanti akan berjalan dengan lancar
...
Baca selanjutnya...

Saturday, February 7, 2015

Kadet Remaja Sekolah


2015 Telah membuka tirainya. Sinar Baru Smik merupakan slogan baharu unit disiplin Sekolah Menengah Ibn Khaldun. Disiplin merupakan aspek yang penting untuk menjadi pelajar yang  cemerlang. Oleh itu pihak sekolah telah menyediakan medium yang tepat untuk membentuk disiplin pelajar dengan menubuhkan Kadet Remaja Sekolah Kadet Remaja Sekolah telah menganjurkan pemilihan pelajar untuk membentuk skuad 30. 
Skuad 30 ditubuhkan untuk mewakili sekolah dalam acara kawad kaki peringkat daerah.
Pengerusi Kadet Remaja Sekolah Menengah Ibn Khaldun















Pemilihan selama 2 hari bermula pada rabu 4/2/2015 hingga 5/2/2015 bertempat di Sekolah Menengah Ibn Khaldun. Alhamdullilah ramai pelajar SMIK yang berbakat hadir untuk diuji bakat . Kira kira seramai 70 orang pelajar telah hadir menguji bakat.
Hadir seramai 69 orang pada hari pertama

hari ke 2 telah hadir 62 orang dan dibahagi kepada 2 kumpulan


...
Baca selanjutnya...

Bola Sepak SMIK

Allah telah mengurniakan kepada kita nikmat anggota tubuh badan yang tidak terkira nilainya. Jika kita ditakdirkan hilang salah satu daripadanya,maka cacatlah kita. Jadi kita perlulah menjaga kesihatan tubuh badan kita. Antaranya adalah melalui riadhah seperti berjogging, bersenam,dan bermain bola sepak.
    Seperti yang kita ketahui juga bola sepak adalah antara sukan yang paling digemari ramai.  Seiringan dengan itu, kebanyakkan sekolah akan mengadakan pemilihan bola sepak bagi memilih  pemain-pemain bola sepak yang akan mewakili sekolah mereka untuk perlawanan bola sepak.
    Sekolah Menengah Ibn Khaldun juga telah mengadakan sesi pemilihan bola yang pertama pada  hari khamis 29/1/2015 pukul 5.30-6.30 petang bertempat di padang bola sepak Kemuning Greenville Shah Alam Selangor.
 Guru yang membibing pasukan bola sepak kami di Sekolah Menengah Ibn Khaldun Cikgu Amir (gambar)
Gambar menunjukkan seramai 46 peserta yang ingin mencuba nasib menjadi pemain bola sepak sekolah (Bawah 15)

 Telah hadir seramai 18 orang peserta untuk menguji bakat yang terpendam.(Bawah 18)
 Antara Pelajar yang berbakat dan bakal mengantikan pemain bola sepak Negara 1 hari nanti.

 Semoga pelajar pelajar ini dapat mengharumkan nama Sekolah Menengah Ibn Khaldun  ke  peringkat yang lebih tinggi. Sehingga sekolah kita mampu digeruni dan dihormati pihak lawan.Selain juga dari permakanan yang seimbang sukan seperti bola sepak adalah salah satu daripada aktiviti yang boleh menyihatkan badan. Badan yang cergas dapat mencerdaskan minda kita. Seperti kata pepatah.
Akal yang cerdas hadir dari badan yang cergas
...
Baca selanjutnya...

Maulidul Rasul

Seperti yang diketahui Rasul Kita Nabi Muhammad lahir pada 12 rabi'ul awal tahun gajah.Bersamaan 23 April 571 iaitu pada hari Isnin.Tahun Gajah ini diperkira jatuh pada tahun 570 masihi & 52 tahun sebelum Hijrah.Nama tahun ini diambil sempena peristiwa penyerangan kota makkah oleh tentera bergajah Abrahah. Baginda adalah Nabi dan Rasul Terakhir yang di utus oleh Allah.Setiap tahun pada hari itu, umat islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T  kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad S.A.W kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.Seiringan dengan Itu kita haruslah sentiasa mengingati tarikh kelahiran rasul kita.Selain itu,kita mestilah banyak berselawat kepada bagina kerana di akhirat kelak hanya baginda sahaja yang boleh memberi syafa'at kepada kita.
  
Seiringan dengan itu Sekolah Menengah Ibn Khaldun telah mengadakan sambutan Maulidul Rasul pada Hari Jumaat 16/1/2015.Majlis bermula pada pukul 3 petang selepas solat jumaat.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan Al Quran Oleh Syed Ahmad Munzir dari tingkatan 5 Fathonah.Diteruskan lagi dengan Selawat ke atas nabi kita RasulAllah S.A.W. Selawat ini Diketuai oleh Ahmad Ayyub dan kumpulan nasyidnya Shoutul Fityan.
Majlis Diteruskan lagi dengan Ceramah yg disampaikan oleh ustaz Muhammad.Beliau menyampaikan ceramah dalam bahasa arab dan diterjemahkan oleh ustaz Umar Aiman.Diantara kata-katanya yang disampaikan termasuklah RasulAllah S.A.W tidak menggalakkan perang diantara manusia sesama manusia.RasulAllah S.A.W juga seorang yang mencintai haiwan.RasulAllah S.A.W juga adalah seorang yang tidak sombong dengan sesiapa mahupun orang itu membenci dirinya.Baginda adalah orang yg kita mesti jadikan contoh kerana baginda adalah sebaik baik manusia.Kita seharusnya Mengambil ikhtibar daripada ceramah yang telah disampaikan.Akhir Sekali Majlis di akhiri dengan bacaan Tasbih Kafarah dan surah Al Asr.


...
Baca selanjutnya...

Persekolahan tahun 2015

Tahun Persekolahan Baru (2015)
Pihak Fikruttaqwa mengucapkan Ahlan wasahlan kepada pelajar baharu dari tingkatan satu hingga ke tingkatan lima yang telah diterima  masuk ke Sekolah Menengah Ibn Khaldun.Antum adalah bakal bakal pendakwah yang akan mendakwah untuk Agama Allah (Islam) di masa yang akan datang.Antum juga adalah Insan-insan yang bertuah kerana dipilih oleh Allah untuk bersekolah di Sekolah Menengah Ibn Khaldun dengan suasana Tarbiyyah Islamiah.Guru-guru disini bersedia mendidik dan mengajar antum untuk menjadi pendakwah yang cemerlang akademiknya dan agamanya.Semoga antum dapat menuntut ilmu  dengan baik dan diredhai Allah.

Permulaan Tahun 2015
Bermulanya Sesi persekolahan tahun 2015 Sekolah Menengah Ibn Khaldun pada Isnin 12 Januari 2015.Sesi Persekolahan tahun 2015 telah bermula pada 12/1/2015. Kesemua Pelajar telah hadir dan mendaftarkan diri bagi sesi persekolah tahun 2015. Kira Kira seramai 600 pelajar yang mendaftar di Sekolah Menengah Ibn Khaldun. Semoga antum semua dapat belajar dengan baik.

Hari Ke 2
Hari Ke 2 sekolah adalah hari dimana Sekolah Menengah Ibn Khaldun mengadakan sesi perjumpaan dan pendaftaran pertama bagi Ahli Unit Badan Beruniform,Kelab dan juga Persatuan Bahasa. 
Di Sekolah ini terdapat 2 unit badan beruniform setiap satu bagi putera dan puteri. Bagi putera unit beruniform ialah Kadet Remaja Sekolah dan bagi puteri unit beruniform adalah Puteri Islam
Mereka juga mempunyai 3 Kelab iaitu Kelab Penerbitan dan Fotografi,Kelab Kesihatan Remaja dan juga Kelab Usahawan Muda.Persatuan bahasa seperti yang sedia ada iaitu Persatuan Bahasa Arab,Persatuan Bahasa Inggeris Dan Persatuan Bahasa Melayu.
...
Baca selanjutnya...

Penerbitan 2015


KAMI CATNA
Kami Ambil tahu dan memberi tahu
For Dakwah and Information, We Blog
Oleh: Pengurus Blog Kelab Penerbitan

Assalamualaikum, Ikhwah Akhawat fil Islam.

Alhamdulillah, Segala puji bagi Ilah yang tidak putus melimpahkan nikmat dan rahmat-Nya; Yang memberi peluang kepada blog ini untuk terus wujud, yang mentakdir tangan ini terus menulis dalam menegak dan menyebarkan Agama-Nya yang mulia, yang menarik pembaca menatap blog ini dalam keadaan sedar mahupun tidak sedar. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, Rasul dakwah, rasul tarbiyah, yang telah berjuang dan berkorban sepenuh jiwa dan raga demi umatnya sehingga kita dapat merasai kemanisan iman dan kesyumul islam.

Kelab Penerbitan 
Penerbitan merupakan Kelab tahap pertama kerana ia merupakan salah satu medan untuk menyebarkan Agama Allah (Islam).Sebagai Contoh : Ulama` telah menyelesaikan permasalahan umat tetapi bagaimana dia ingin mengumumkan kepada semua umatnya.Jadi penerbitan lah yang memainkan peranan penting dalam untuk memastikan masyarakat mendapat dan mengetahui maklumat tersebut.Dan juga blog ini adalah untuk memberikan Informasi tentang aktivi-aktiviti yang dijalankan di sekolah Menengah Ibn Khaldun.Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh pihak sekolah dalam usaha menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.


...
Baca selanjutnya...

Monday, July 23, 2012

Sasaran kita, TAQWA!



Pertama sekali, ana suka untuk kita refleksi balik diri dan hati kita wahai sahabat dan sahibah sekalian, tentang keadaan hati dan hubungan kita dengan Allah. Kuat atau tak? Keadaan Ramadhan yang main dekat ini pastinya satu ukuran pada hati kita untuk menjawab satu persoalan, apa yang kita RASA apabila Ramadhan ingin menerbitkan fajarnya?
            Teruja, kagum, seronok?
            Atau
            Biasa, sebab sudah biasa bertahun-tahun.

            Maka ukuran rasa tersebut ialah ukuran yang paling tepat untuk ukur sekuat mana hubungan hati kita dengan Allah. Ana mengajak diri dan hati ana serta sahabat dan sahibah yang dipilih Allah untuk berada di bahtera dakwah ini lihat, semak dan check balik keadaan hati kita, moga Allah permudahkan.
            Sebab mahu lihat, hati kita mati atau hidup?
            Ana tinggalkan soalan itu disini untuk setiap diri jawab dengan amalannya. Termasuklah diri ana.
            Pergi pada persoalan target UTAMA kita semasa Ramadhan, maka jiwailah firman Allah ini sebagai penyubur rasa CINTA kita pada Allah dan diterjemahkan dalam amalan kita.
“ Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.  Surah Al-Baqarah, ayat 183
            Benarlah tulisan As-Syahid Syed Qutb bahawa Al-Quran membentangkan perbendaharaan pada hati dan jiwa dan hidup, iaitu hati yang mempelajari Al-Quran untuk melaksanakannya.
            Maka sungguh, bagi yang dapat melihat, merasai dan menjiwai perbendaharaan Al-Quran, maka pastinya kesimpulan yang dicapai dari ayat di atas ialah TAQWA sebagai sasaran utama puasa di bulan Ramadhan.
            Orang yang jelas matlamat dan tahu apa yang mahu dicapai dalam sebuah perjalanan, maka dengan cepat dia akan sampai ke matlamat tersebut.
            Sebab dia gambaran yang jelas jalan-jalannya, petanya, halangan-halangannya, malah setiap dugaan dan cabaran semakin kuatkan keyakinannya.
            Itulah dia perjalanan menuju Allah seperti kata Al-Marhum Ustaz Mustafa Masyhur, kena ada ru’yatul wadhihah, pandangan yang jelas.
            Yang pastinya, TAQWA yang mahu dicapai juga ialah sasaran kita dalam perjalanan kita menuju Allah yang berjalan dalam hidup kita walau bukan dalam bulan Ramadhan.
            Cuma bezanya, Allah luaskan lagi perjalanan untuk sampai pada TAQWA pada bulan ini, sebab itu Ramadhan ialah madrasah tarbiah. Tarbiah Ruhiyah, tarbiah imaniah.
            Disana, Allah buka pengampunan seluas-luasnya bagi hamba-hamba yang ingin mohom ampunan-Nya. Allah buka rahmat-Nya dengan berbagai-bagai ganjaran bagi amalan-amalan pada bulan ini. Allah buka pintu syurga dan tutup pintu neraka.
            Bukankah jalan ini semakin terbentang luas?
            Persoalan seterusnya terletak pada kita, mahu atau tidak?
            Sungguh, sasaran kita iaitu TAQWA hakikatnya ialah satu mekanisme pertahanan dari dosa-dosa. Sebab hati dan jiwa dia peka pada dosa-dosa. Inilah gunanya word “berhati-hati” dalam mendefinisikan TAQWA seperti yang dijelaskan oleh Saidina Umar.
            Berhati-hati tatkala berjalan di jalan yang penuh duri. Maka seperti itulah jiwanya sentiasa berhati-hati dengan dosa, dan sensitif dengan dosa. Hasil dari hati yang dirasuk dengan iman, Natijah dari hati yang penuh dengan rasa CINTA, HARAP dan TAKUT pada Allah.
            Malah jiwanya peka dengan panggilan-panggilan iman, dan tuntutan-tuntutan iman. Maka hiduplah dia dalam dakwah dan jihad. Dan dengan bekalan TAQWA itu, Allah akan kurniakan dia kemenangan dalam dakwahnya.
TAQWA, Bekalan Terbaik dalam Dakwah dan untuk menemui-Nya
           Dan akhir sekali, sama-samalah kita pohon pada Allah dengan penuh kehambaan untuk memasukkan kita dalam bulan ini dengan penuh manfaat, bukan sia-sia.
           Agar TAQWA itu bisa diraih. Ana juga menyeru hati, jiwa dan diri ana serta kita semua untuk kita persiapkan diri menuju Ramadhan pada kali ini.
           Mana tahu, mungkin inilah Ramadhan yang terakhir.
           Apabila orang bertanya kenapa libatkan diri dalam dakwah, maka jawapan seorang senior menggugah jiwa ana.
           “ Itulah bekalan TERBAIK ana untuk dipersembahkan pada Allah kelak ”.
           Dan seharusnya TAQWA itu juga bekalan TERBAIK dalam dakwah, malah antara TERBAIK dalam perjalanan menuju Allah ini.
           “ Dan sesiapa yang bertaqwa kepada, nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar “ Surah At-Talaq, ayat 2
           Semoga dengan usaha dan penulisan ana ini, Allah kira dan Allah redha.
...
Baca selanjutnya...