Promosi Mahrajan Thaqafi ke-4

Friday, February 13, 2015

Allahyarham Tok Guru


AL Fatehah kepada Allahyarham Tok Guru 
  Pemergiannya adalah salah satu berita yang amat menyedihkan bagi seluruh dunia. Beliau antara ulama` terkenal. Beliau juga adalah Menteri Besar Kelantan yang pernah dianugerahkan dengan anugerah Menteri Besar yang paling bersih di Malaysia. Anugerah ini diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.
  Beliau Tok Guru  atau nama sebenarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilahirkan pada Sabtu 10 Januari 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang pada Islam. Beliau telah disahkan pulang ke rahmatullah pada 9.40 malam 12 Febuari 2015
  Tok Guru seorang pemimpin yang sangat petah berkata kata kerana setiap yang dituturkannya mahupun perumpamaan yang digunakan dalam ceramah atau kuliahnya amat mudah difahami. Rekod ceramah beliau atau kasetnya tersiar di seluruh dunia hingga ke selatan Thailand sehinggakan menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.
  Semoga Roh beliau ditempatkan di kalangan orang orang yang Soleh. Al Fatehah.

  Allah mengurangkan Ilmu yang ada di dunia ini dengan mematikan orang orang yang berilmu. Kita sebagai umat generasi baru haruslah menuntut ilmu dengan bersungguh sungguh. Bak kata Pepatah Menuntut lah ilmu hingga ke negeri China



Ketika jenazah Allahyarham tuan guru Nik Aziz dibawa keluar daripada masjid Pulau Melaka

0 comments:

Post a Comment